Penjagaan diri bagi ibu-ibu bersalin sangat dipandang remeh oleh ramai orang pada hari ini. Terutamanya larangan semasa berpantang, amalan berurut, bertuam, bertungku, bertangas dan berbengkung. Sememangnya diakui, amalan-amalan ini diakui remeh dan leceh, namun demi untuk kesihatan badan jangka masa panjang, ia wajar diamalkan.
Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta-merta. Namun apabila melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Apabila keadaan ini berlaku, kebanyakan ibu menjadi dingin dan lemah tenaga batin.
Berikut adalah larangan ketika dalam pantang yang perlu dihindari semasa berpantang:
Jangan makan ubi-ubian
Ubi-ubian seperti keladi, keledak dan daun ubi kayu boleh mengganggu sistem penghadaman ibu berpantang kerana boleh menyebabkan perut berasa kembung dan tidak selesa. Malah, bayi yang menyusu susu ibunya juga boleh terkena kembung dan perut tidak selesa.
Mandi atau buat kerja dalam keadaan duduk di kerusi
Ini sebagai salah satu cara menjaga peranakan. Ibu berpantang masih di dalam proses menyihatkan badan mereka, jadi penggunaan tenaga haruslah diminimumkan.
Jangan bercangkung
Bercangkung boleh menyebabkan tumpah darah dan rahim terkeluar. Oleh itu bercangkung sangat dilarang bagi ibu baru bersalin.
Buah-buahan yang boleh dimakan semasa berpantang
Buah Lai dan buah pisang sahaja.
Lauk yang boleh dimakan semasa berpantang
Belut - Baik untuk lukaIkan haruan
Ikan haruan ni bagus untuk kesihatan dalam... Jenis masakan yang disyorkan ialah bakar atau buat sup...
Ikan selar
Ikan selar ada dua jenis.. yang boleh dimakan ialah selar yang tiada garisan kuning pada ekor ikan ni... Ikan selar kuning tak boleh ..
Ikan yu
Ikan yu biasanya orang beli yang siap diproses dan dikeringkan. Goreng dan makan dengan nasi panas.
Ikan merah
Ikan merah ni hampir sama dengan ikan kerisi... biasanya yang dimakan ialah ikan merah.. harganya pun mahal sikit dari ikan lain sebab saiznya yang besar berbanding ikan kerisi.
Ikan tenggiri
Ikan tenggiri ni bagus juga makan... Sebab isi banyak... Jenis masakan yang sesuai ialah bakar atau goreng... Kurang sesuai pula kalau nak buat sup.
Ikan gelama
Ikan gelama kering sedap dimakan bersama nasi panas... Nilah lauk terawal MF makan sebaik sahaja lepas bersalin... sahaja.




Sayur-sayuran yang boleh dimakan semasa berpantang
Lobak dan salad sahaja.
( Cara masakan; Sup, Bakar dan Stim )
Buah-buahan yang PANTANG sama sekali dimakan semasa berpantang selama setahun selepas melahirkan anak.
Buah Nangka, Rebung , Keladi dan Kulat @ Cendawan
Makanan yang PANTANG dimakan semasa tempoh berpantang( 40 hari)
Sayur-sayur lain selain yang disebutkan
Buah-buah lain selain yang disebutkan
Tebu
Ais
( Cara masakan; Sup, Bakar dan Stim )
Makanan untuk perubatan ( 40 hari)
Halia makan bersama nasi
Kunyit Muda
Lada Hitam yang muda