KEJAYAAN DALAM ERTI KATA
YANG SEBENAR
Kejayaan tercipta setiap hari. Apabila ada yang telah berazam dan memulakan
hari yang baru, matlamat yang baru, kejayaan yang baru juga bakal muncul.
Setelah berjaya, manusia akan mengimpikan kejayaan lain berdasarkan matlamat
yang hendak dicapai. Islam juga menetapkan hakikat kejayaan bagi seorang mukmin
melalui seperti mana yang telah diungkapkan oleh Allah SWT dalam kalam suci
Al-Quran surah Al-Mukminun ayat 1-11:
1.
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang
beriman,
2.
(iaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam
sembahyangnya,
3.
dan orang-orang yang menjauhkan diri dari
(perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,
4.
dan orang-orang yang menunaikan zakat,
5.
dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,
6.
terhadap isteri-isteri mereka atau budak
yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.
7.
Barang siapa mencari yang di balik itu
maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.
8.
Dan orang-orang yang memelihara
amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.
9.
Dan orang-orang yang memelihara
sembahyangnya.
10.
Mereka itulah orang-orang yang akan
mewarisi,
11.
(iaitu) yang akan mewarisi syurga Firdaus.
Mereka kekal di dalamnya.
0 comments :
Post a Comment