Tips 1
Cari peluang untuk beritahu anak-anak supaya takut kepada
Allah sekurang-kurangnya sekali sehari.
Tips 2
Tunjukkan kasih sayang kepada anak sekurang-kurangnya sekali
sehari dengan niat yang ikhlas di dalam hati, sama ada melalui perbuatan atau terus
berkata bahawa anda sayang kepada mereka.
Tips 3
Fahami kehendak dan perasaan anak dengan serius. Jangan
sesekali tidak ambil indah dengan apa yang diluahkan oleh mereka.
Tips 4
Katakan “takpe” apabila anak tidak sengaja melakukan
kesilapan. Sebaliknya anda perlu lebih berhati-hati agar tidak tersilap
terutama di hadapan mereka.
Tips 5
Wujudkan sebuah buku penghargaan kepada anak. Catat setiap
perkara baik pertama yang mereka lakukan. Seperti tarikh mula berkata “a”,
meniarap, merangkak, berjalan, bersekolah, dapat no.1 dan sebagainya.
Tips 6
Senyum atau ketawa sederhana ketika anak buat ‘joke’
walaupun pada anda ia bukannya lawak mana.
Tips 7
Puji setiap percubaan baik yang dilakukan oleh anak tanpa
menghiraukan keputusannya.
Tips 8
Ambil gambar hari pertama setiap permulaan sesi persekolahan
anak kemudian abadikan kenangan tersebut dalam album berasingan.
Tips 9
Sentiasa cabar pengetahuan dan minda anak, hiburkan suasana
itu dengan sama-sama mencari jawapan kepada cabaran tersebut.
Tips 10
Ingatkan anak agar selawat ke atas Rasulullah SAW
sekurang-kurangnya setiap kali bangun dan ingin tidur.
Tips 11
Apabila anak tiada mood kerana kecewa tidak dapat berbuat
sesuatu sebagaimana yang diharapkan, beritahu anak bahawa ‘tidak boleh’ atau
‘tidak dapat’ atau ‘tidak mampu’ itu bukanlah untuk selama-lamanya. Dengan
latihan secara istiqamah (berterusan) dan bersungguh-sungguh, kemahiran baru
akan diperolehi seterusnya merubah keadaan menjadi ‘boleh’ atau ‘dapat’ atau
‘mampu’ buat.
Tips 12
Elakkan berkata kepada anak “kan (ayah/ibu) dah bagitau!
ianya…” sebaliknya katakan “kan (nama anak) dah tahu ianya….”
Tips 13
Katakan terima kasih secara sedar dari dalam hati atas
ucapan baik atau penghargaan yang anak berikan kepada anda.
Tips 14
Jangan paksa anak meminati apa yang anda suka, sebaliknya
bantu mereka kenali kelebihan pada diri di samping memberi galakan dan bantuan
ke arah memperkayakan minat mereka itu. Setiap orang memiliki kelebihannya yang
tersendiri.
Tips 15
Nyatakan secara terus terang setiap kali anda tidak suka
terhadap tindakan anak. Memilih untuk diam sebagai langkah pencegahan bukan
sahaja menjadikan anak untuk konfius sebaliknya mengajar mereka mengambil sikap
sama apabila berselisih pendapat dengan anda.
Tips 16
Jangan biarkan anak tertidur dalam kemarahan, atau tidur
dengan fikiran bahawa anda sedang marah kepadanya.
Tips 17
Jelaskan kepada anak bahawa setiap orang memang mempunyai
pendapat dan pandangan yang berbeza. Hormatilah pandagan anak dan berilah
teguran dengan hikmah sehingga pendapat mereka itu berada di jalan yang betul.
Tips 18
Jangan buka rahsia, kelemahan, kesilapan, sejarah hitam
ataupun aib anak kepada orang lain walaupun adik beradiknya sendiri.
Bawa anak lelaki untuk sama-sama solat berjamaah di masjid
atau surau. Luangkan masa untuk membawa seisi keluarga seminggu sekali solat
jamaah di masjid atau sekurang-kurangnya pada hari-hari istimewa dalam
kehidupan yang ada kaitan dengan anak.
Tips 19
Bawa anak lelaki untuk sama-sama solat berjamaah di masjid
atau surau. Luangkan masa untuk membawa seisi keluarga seminggu sekali solat
jamaah di masjid atau sekurang-kurangnya pada hari-hari istimewa dalam
kehidupan yang ada kaitan dengan anak.
Tips 20
Selalu ucapkan pesanan baik kepada anak di saat-saat
perpisahan kemudian iringi dengan ucapan doa selamat seperti “Maassalamah,
selamat tinggal atau lain-lain doa”.
Tips 21
Biarkan anak-anak terutama yang masih kecil itu menangis
sekiranya mereka perlu. Mudah-mudahan ia tidak akan menjadikan ibu bapa
menangis apabila mereka telah besar.
Tips 22
Wujudkan sebuah tin “saya boleh” untuk setiap anak. Biarkan anak menghias sendiri tin mereka
mengikut citarasa. Setiap kali anak dapat menguasai sesuatu yang baru, anda
buat sedikit catatan untuk dimasukkan ke dalam tin “saya boleh” berkenaan. Dari
masa ke masa, ajak anak melihat pencapaian-pencapaian terbaik yang pernah
diraihkannya.
Tips 23
Bantu anak menggambarkan (melalui lukisan, lakaran dll)
tentang perasaan yang baru mereka kenali atau rasai. Bincang dengan anak apa
yang membuatkan mereka berperasaan sebegitu.
Tips 24
Cuba untuk tidak sesekali membawa balik kerja anda ke rumah
atau ke hadapan anak-anak. Lukiskan dalam minda satu garis pemisah di antara
kehidupan pejabat (kerja) dan rumah (keluarga) anda.
Tips 25
Letakan gambar anak-anak di tempat-tempat istimewa seperti
atas meja dalam bilik tidur, di ruangan tangga atau dalam wallet duit.
Sekiranya anak terlihat, beritahu mereka betapa pentingnya mereka dalam hidup
anda.
Tips 26
Biarkan anak melakukan sesuatu yang mereka rasa boleh
membantu anda seperti menolong anda membuka pintu rumah, suiz lampu atau
sehingga menekan butang lif (di tempat awam).
Tips 27
Apabila anda menyiapkan peralatan anak untuk berehlah,
menyertai kem, balik ke asrama atau lain-lain, ingatlah untuk menulis sesuatu
nota istimewa untuk dimasukkan bersama peralatan tersebut.
Tips 28
Pastikan anak-anak khatam al-Quran sebelum mencapai umur 10
tahun dan menghafal surah-surah lazim.
Tips 29
Amalkan membaca sepotong hadis sekurang-kurangnya sekali
seminggu selepas solat berjamaah bersama keluarga (cth maghrib setiap sabtu).
Boleh juga diberikan tugas kepada anak yang telah pandai membaca untuk
mengetuai bacaaan terjemahan hadis kemudian bapa memainkan peranan menghuraikan
hadis tersebut untuk diambil pengajaran daripadanya.
Tips 30
Luangkan masa untuk menghadiri majlis-majlis rasmi anjuran
pihak-pihak berkenaan yang melibatkan anak-anak seperti mesyurat PIBG, majlis
solat hajat sekolah, perasmian kem motivasi dan sebagainya.
Tips 31
Bawa anak-anak bercuti setahun sekali terutama ke tempat-tempat
yang boleh memberikan nilai tambah ilmu seperti tempat bersejarah yang dapat
diterangkan kepada mereka kebesaran dan keagungan ciptaan Allah.
Tips 32
Mainkan alunan zikir-zikir atau ayat-ayat al-Quran dalam
kereta sekiranya membawa anak bersama. Setidak-tidaknya memilih siaran radio
yang mementingkan info dan input kerohanian seperti memainkan lagu-lagu nasyid
dan tazkirah.
Tips 33
Luangkan masa untuk menikmati makanan bersama anak-anak
sekali sehari (makan malam) atau paling kurang seminggu tiga kali bagi mereka
yang selalu traveling atau terlalu sibuk dengan kerja. Minta anak-anak (secara
bergilir-gilir) mengetuai bacaan doa makan.
Tips 34
Ajar anak-anak untuk sama-sama menyambut dan meraikan
tetamu. Elok diadakan sesi taaruf (pengenalan diri) ringkas untuk
memperkenalkan tetamu kepada anak. Jangan sesekali membiarkan anak merasakan
diri mereka tidak penting dalam keluarga dengan berkurung di dalam bilik atau
melakukan aktiviti sendirian.
Tips 35
Minta anak-anak untuk memilih, membalut, membuat dekorasi
hadiah yang ingin diberikan kepada relatif, sahabat atau siapa sahaja yang akan
dikunjungi.
Tips 36
Luangkan masa untuk anak berkongsi sesuatu dapatan,
kemahiran atau ilmu baru sama ada dari sekolah, buku yang dibaca atau dari
mana-mana sumber yang lain. Contohnya meminta anak melakukan simulasi guru
mengajar, atau kerja kumpulan bagi menunjukkan cara mereka mendapatkan ilmu
tersebut. Berikan galakan dan penghargaan.
Tips 37
Ingatkan anak-anak sekurang-kurangnya sekali sehari, untuk
melakukan ibadah khusus (walaupun mereka telah melakukannya, peringatan perlu
dibudayakan) seperti solat, zikir atau melakukan taat kepada Allah yang lain
seperti menutup aurat, mentaati ibubapa, guru, alim ulama dan orang-orang tua.
Tips 38
Alunkan bersama anak (selepas solat berjemaah) zikir-zikir
tertentu seperti zikir munajat atau wirid selepas solat dan lain-lain.
Anak-anak akan membesar dalam budaya yang sangat positif iman ini, insyaAllah.
Tips 39
Sediakan hiburan yang mendidik anak ketika membawa mereka bersama
dalam kereta. Contohnya memainkan zikir, doa, lagu nasyid atau hiburan yang
bersifat motivasi dan pendidikan.
Tips 40
Sekiranya anda ingin memberi hadiah kepada kumpulan
kanak-kanak yang ramai, contoh pada hari-hari perayaan, jadikan anak anda sebagai
penerima hadiah yang pertama.
Tips 41
Langgan satu majalah khusus bagi anak anda yang akan
diterimanya secara berkala melalui perkhidmatan pos.
Tips 42
Tanamkan ke dalam jiwa anak-anak satu budaya dan gantikannya
dengan budaya yang baru sekiranya ia telah menjadi sebati dalam jiwa. Contoh
budaya memberi salam. Setelah budaya tersebut sebati dalam jiwa anak, tambahkan
dengan satu budaya baru, contohnya mengucapkan terima kasih, seterusnya budaya
membaca dan pelbagai nilai tambah diri yang lain.
Tips 43
Berikan anak-anak tanggungjawab yang mampu dipikul olehnya
mengikut kesesuaian peringkat umur.
Tips 44
Tanam dalam jiwa anak-anak betapa pentingnya kebersihan.
Amanahkan satu-satu kawasan dalam rumah bagi setiap anak memantau
kebersihannya.
Tips 45
Cabar minda anak-anak dengan perkara-perkara yang dapat
membangkitkan daya kreativiti mereka. Contoh selalu berteka teki dan sama-sama
mencari jawapan, atau mengubah sesuatu yang telah terpakai menjadi satu ciptaan
baru dan sebagainya.
0 comments :
Post a Comment